06 Julai 2011

Perlawanan Ketiga Liga Kuantan 2011

Kesuma FC Vs Padang Jaya FC


Berbekalkan dengan semangat yang membara, Dengan pungutan 2 mata hasil 2 kali seri dengan Mas10 dan Ombak Prima, barisan pemain dan pegawai Kesuma FC turun ke padang KIPSAS pada 20.5.2011untuk perlawanan ke 3 menentang Padang Jaya FC. Dengan harapan untuk memenangi perlawanan ini memandangkan prestasi semasa yang baik dari para pemain. Dengan posisi penjaga gol kekal milik Hamdan. Pertahanan Manlo, Boy, Mijan dan kayrool Tengah dibarisi oleh Barak, Amba dan Mamat,Forward KUchick, Thiru dan Aleem. Kesuma FC memulakan permainan dengan hantaran pendek dan menguasai babak awal permainan dengan tenang tanpa tekanan.
Perkiraan awal jurulatih dan pemain Kesuma FC terhadap Padang Jaya FC nyata sedikit tersasar memandangkan rekod buruk Padang Jaya Fc sewaktu menentang Ombak Prima.  Tentangan yang diberikan oleh Padang Jaya Fc dengan gerakan pantas memaksa Kesuma FC bertahan dan sesekali turut sama melancarkan serangan pantas namun seringkali gagal melepasi pertahanan Padang Jaya FC. Percubaan dari para penyerang Kesuma Fc seringkali berjaya dipatahkan. Kecederaan penyerang Kesuma FC iaitu Kuchick memaksa jurulatih menggantikan dengan pemain gantian iaitu Mie Unta dalam separuh masa kedua. Rusdie turut dibawa masuk menggantikan Aleem dan penyusunan formasi pemain dibuat Jurulatih Kesuma FC, Al Faizal.
Didalam kealpaan pemain , Padang Jaya FC berjaya mengambil kesempatan dengan membolosi pintu gol selepas pertahanan Kesuma FC tersilap melakukan perangkap off-side dan ini  memberikan semangat kepada pemain Padang Jaya FC untuk memperolehi mata kemenangan yang pertama. Tersentak dengan gol tersebut, kesuma FC berusaha mengatur serangan namun kebuntuan di barisan hadapan untuk memperolehi gol penyamaan memudarkan semangat pemain Kesuma FC yang lain. Sehinggalah Amba menerusi satu percubaan yang kencang, melepasi jangkauan penjaga gol Padang Jaya FC untuk gol penyamaan. Bermula dari detik itu semangat pemain kembali pulih dan hasilnya Mamat memulakan pesta  gol dengan dua jaringan diikuti Mie Unta dengan jumlah yang sama. Rusdie turut memahatkan senarai nama penjaring dengan satu gol untuk kemenangan bergaya 6-1. Tahniah Kesuma FC! Teruskan Perjuangan Mu!