06 Julai 2011

Perlawanan Kedua Liga Kuantan 2011

Kesuma FC Vs. Ombak Prima

Dengan reputasi yang semakin mendapat perhatian dari lain-lain pencabar, Kesuma Fc turun selaku underdog dalam perlawanan kedua Liga Kuantan 2011 menentang Ombak Prima yang juga finalist Liga Kuantan 2010 yang lalu. Kesuma Fc telah melakukan sedikit rombakan formasi dimana dalam perlawanan ini, atas permintaan Kapten pasukan kesuma FC formasi 5-4-1 telah digunakan berbanding 4-4-2 dalam perlawanan pertama. Formasi tersebut digunakan bagi menguatkan pertahanan disamping melancarkan serangan balas tanpa belas ehsan...
Hamdan diposisi penjaga gol, pertahanan - Lan, Boy, Amba, Man Lo dan Arjuna. Barisan tengah diterajui Barak dan Mamat dengan Rusdi dan Mie Unta berada diposisi kiri/kanan dengan penyerang utama disandarkan kepada Kuchick. Sepak mula bagi perlawanan ini  oleh Kesuma Fc. Dan seperti biasa pemain Kesuma FC mengawal permainan dengan tenang dan teratur pada awal permainan. Aksi pertempuran bermula selepas 5 minit permainan dengan serangan pantas menerusi sayap kiri namun pengadil sekali lagi memberikan mutu pengadilan yang mengecewakan dengan keputusan yang tidak professional. Ombak Prima turut melancarkan serangan menerusi flanker kiri dan cuba untuk menembusi benteng kanan Kesuma Fc tetapi gagal melepasi kekangan mantap Lan. Perit untuk melepasi pertahanan kanan Kesuma FC itu, Ombak Prima beralih arah mengasak melalui flanker kanan dan beberapa kali berjaya melepasi kawalan pertahanan kiri Kesuma Fc. Setelah menyedari benteng kiri Kesuma Fc agak rapuh, ini memberikan ruang Ombak prima melancarkan serangan. Tetapi barisan tengah yang diterajui oleh Barak, berjaya menutup ruang dari asakan Ombak Prima. Kesuma Fc membawa masuk Zulkalnain untuk mengambil posisi tengah dari Manlo yang turun kebahagian pertahanan dan mengeluarkan Arjuna,pertahanan kiri Kesuma Fc. Dengan sedikit percaturan yang telah dibuat oleh Coach Kesuma Fc iaitu saudara Faizal itu telah memberikan impak yang memberangsangkan bagi pasukan dengan serangan bertali arus ke kubu Ombak Prima dan hasil dari siri serangan itu telah menghadirkan gol pertama Kesuma Fc. Gol telah dijaringkan oleh Kuchick El-Nino.Kecewa dengan gol tersebut telah menyebabkan para pemain Ombak Prima tertekan dan mula melakukan asakan keras. Perlawananan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0.
Sedikit pertukaran pemain dibuat oleh jurulatih Kesuma FC dengan mengeluarkan Rusdi, flanker kanan dan membawa masuk Thiru bagi memperkuatkan bahagian flanker kiri.Tempat flanker kanan diambilalih Mie Unta dengan lain-lain pemain berada dalam posisi asal. Serangan pantas oleh Kesuma FC telah mengkucar-kacir pertahanan Ombak Prima dan kerap-kali pengadil membuat keputusan yang mengecewakan seluruh pasukan Kesuma FC.  Didalam kekalutan permainan dan menerusi asakan bertali-arus, penyerang Kesuma FC, Kuchick El-Nino telah dijatuhkan dalam kotak penalti.Pengadil akhirnya memberikan sepakan penalti untuk Kesuma FC. Sepakan telah diambil oleh Kuchick El-Nino sendiri namun tolakan mengenai tiang gol.Ombak Prima dalam perlawanan pertama telah meratah Padang Jaya FC dengan 16-2, namun merasa perit dan sengsara bertemu dengan lawan yang setara ini kerap melakukan serangan menerusi sayap kiri dan hasilnya dalam suku terakhir permainan telah menyebabkan pemain pertahanan Kesuma FC tertanduk bola ke gol sendiri untuk memperolehi gol penyamaan.
Meskipun tergamam dengan gol tersebut tidak mematahkan semangat Kesuma FC dengan berterusan mengasak ke kubu lawan. Pengadil gagal bertugas dengan baik dan kerap memberikan keputusan yang diluar jangkaan. Ini menyebabkan suasana permainan menjadi tegang dan kekasaran demi kekasaran dipamirkan oleh pemain kedua-dua pasukan. Sekali lagi pengadil memberikan mutu pengadilan yang teruk dengan memberikan layangan terus kad merah kepada Zulkainan pemain Kesuma FC meskipun terlebih dahulu pemain Ombak Prima membuat rempuhan keras kepada Mie Unta. Perlawanan pada hari itu berakhir seri 1-1 dan memberikan mata kedua untuk Kesuma FC. Syabas dan tahniah kepada pemain, pegawai dan penyokong Kesuma FC. We Are The Best!