Kesuma FC VS PKNP
Perlawanan berakhir dengan PKNP mendahului Kesuma FC 1-0.
Tiada pertukaran pemain dalam awal separuh masa kedua. Pengurus serta jurulatih Kesuma FC mengharapkan agar rentak permainan dikekalkan memandangkan pilihan pemain yang terhad dibangku simpanan. Namun kecederaan lutut yang dialami oleh Kuchick memaksa penyerang utama itu digantikan dengan Zulkainan. Sedikit perubahan posisi berlaku dengan Zulkainan mengambil tempat Mie Unta dan Mie Unta diletakkan sebagai penyerang utama. Dengan kemasukan ZUlkainan dan peubahan posisi penyerang utama telah membawa sedikit perubahan rentak permainan dimana Kesuma FC kini kembali berselera untuk melakukan asakan ke kubu PKNP dengan lebih kerap. tumpuan serangan melalui sayap kiri dan bahagian tengah memaksa PKNP bertahan. Dalam kelam-kabut didalam kawasan penalti telah memaksa kekasaran berlaku dimana pemain pertahanan PKNP menjatuhkan salah seorang pemain Kesuma FC dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kesuma FC. Tolakkan yang mudah dilakukan oleh Mie Unta untuk menyamakan kedudukan. Menyedari Kesuma FC bukanlah lawan yang mudah diratah oleh mana-mana pasukan dalam Liga Kuantan kali ini, PKNP terpaksa memasukkan pemain gantian untuk kembali menyaingi kehebatan pasukan Kesuma FC ini. Meskipun cuba melakukan serangan namun barisan serangan PKNP hanya mampu menjengah luar kotak penalti Kesuma FC. Dengan berbaki tinggal 10 minit permainan , pemain pertahanan kiri Kesuma FC iaitu Arjuna dikeluarkan akibat kekejangan otot betis dan digantikan dengan pemain tengah iaitu Atan. Amba mengambil tempat pertahanan kiri dengan Atan berfungsi sebagai back-up striker. Dengan kekebalan barisan pertahanan dan kemantapan jentera tengah serta ketajaman jentera serangan Kesuma FC ini, PKNP terpaksa akur untuk berkongsi mata dengan jaringan 1-1 sehingga tiupan wisel penamat. Ini memberikan mata yang ke 7 untuk Kesuma FC. Syabas dan tahniah untuk seluruh pasukan Kesuma FC



