11.01.2010 - Telah hampir 3 tahun aku telah meninggalkan hobi aku yang pernah menjadi ketagihan aku satu ketika dahulu. Hobi yang meninggalkan banyak kenangan bersama rakan-rakan buat seketika dahulu. Dan kini pada tarikh yang tak pernah aku cadang ini, maka sejarah lama pun berulang. Sepasang kasut usang yang paling setia dengan aku dulu kini ku sarung kembali ke kakiku. Dan pada hari ini nahaslah kau akan ku sepak kau semahu aku. Biar dendam lama yang hampir 3 tahun ini kulepaskan pada kau. Wahai sang bola terimalah satu sepakan padu; sepakan dendam 3 tahun!
Selama 7 tahun aku bersama kelab bolasepak yang tak kurang sikit ternamanya tapi kurang banyak dari kelab Liga Primier Inggeris MUFC iaitu MAFC. MAFC secara amnya diasaskan oleh veteren tadika kemas tahun 70an yang kini berumur sekitar 40 tahun dan ahli-ahli kelab rata-rata berusia 30 tahun yang mana hampir 100% adalah hensem-hensem belaka tidak termasuk aku; kalau termasuk aku dah jadi 110%...
Kali pertama menjejakkan kaki semula ke padang yang pernah menjadi saksi kelibat pemain yang memakai jersi no 13 ini terasakan janggal. Kaki berlari antara jijak dengan tidak aje maklumlah dah lama tak berlari-lari mengejar benda yang sebijik ini. Ekzos depan dua biji pun dah kembang lebih dari kebiasaan menyedut oksigen. Pagi esok mesti jalan macam robot...urat dah tegang semacam...maklumlah 3 tahun tidak aktif bersukan. Tapi dendam punya pasal lantaklah...
Dan selama tempoh itu juga boleh dikatakan segala aktiviti berkaitan bolasepak tidak diambil pusing. Frust dengan mutu sukan bolasepak dinegara sendiri,itu satu hal. Tidak nampak mutu permainan dapat ditingkatkan jika keadaan dan situasi padang permainan yang ada. Jika ada yang boleh dipanggil padang bolasepak mungkin dua tiga kerat sahaja selebihnya boleh disamatarafkan dengan tempat kerbau berkubang- berlopak. Terdapat padang bolasepak dijadikan pasar malam seminggu sekali dan aneka aktiviti lain...sure riuh lah sure robohlah, dah macam mana padang nak elok. Dengan padang berlekuk-lekuk dek aktiviti yang bukan ditempat sepatutnya macam mana nak main bola? Lebih baik tukar je Liga Super Malaysia kepada Liga Guli Malaysia...amacam ...boleh tak? Selagi kondisi padang bola macam tu tak payahlah nak berangan nak melahirkan pemain bola berbakat! Perbaiki dulu keadaan padang seluruh negara baru bakat baru dapat dicari untuk digilap menjadi pemain yang digeruni dipadang!