27 November 2010

Prittt!

Lama memang dah terlalu lama tak mencatatkan sesuatu untuk blog ni. Rasanya dah hampir setahun. Ada aje halangan bila nak menaip... kekadang tu layan facebook lah pulak. Selepas waktu kerja kepala mulalah ingat nak turun ke padang bola. Solat dulu siap-siap dalam pukul 5.45 petang selepas tu terus ke padang. Pakaian untuk bermain sentiasa standby kat dalam kereta jadi tak perlu singgah rumah nak tukar pakaian.

Sekarang dah ada kelab, gabungan pemain lama dan baru. Jadual perlawanan agak padat kekadang sampai tiga kali seminggu. Letih memang letih tetapi keseronokan mengatasi segalanya. Tension masa kerja hilang buat seketika. Tiada boss tiada kuli kat padang. Yang ada pemain yang mengejar dan menendang benda yang sebijik tu.

17 Februari 2010

Perihal Dajal...

Buat tatapan pembaca, renungkan hadis ini yang disalin dari laman rasmi JAKIM ;






Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")



al-Nawwas bin Sam'an r.a

15 Januari 2010

CCTV Terkini. Pemantauan rumah melalui telefon bimbit.

Runsing tentang keselamatan anak anda dirumah? Atau ingin memantau pekerja anda dengan kamera tersembunyi menggunakan kaedah yang paling mudah yang disambung terus ke telefon bimbit anda. Anda juga berpeluang menjadi perintis di negara ini dalam mengaplikasikan kaedah termurah yang disambung terus ke telefon bimbit dan komputer anda. Anda boleh menggunakan pengetahuan yang didapati ini sebagai satu cabang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang mahal untuk dipasang dipremis perniagaan dan kegunaan persendirian.
Sila klik disini untuk maklumat percuma!

11 Januari 2010

Sepakan Dendam 3 Tahun!

11.01.2010 - Telah hampir 3 tahun aku telah meninggalkan hobi aku yang pernah menjadi ketagihan aku satu ketika dahulu. Hobi yang meninggalkan banyak kenangan bersama rakan-rakan buat seketika dahulu. Dan kini pada tarikh yang tak pernah aku cadang ini, maka sejarah lama pun berulang. Sepasang kasut usang yang paling setia dengan aku dulu kini ku sarung kembali ke kakiku. Dan pada hari ini nahaslah kau akan ku sepak kau semahu aku. Biar dendam lama yang hampir 3 tahun ini kulepaskan pada kau. Wahai sang bola terimalah satu sepakan padu; sepakan dendam 3 tahun!
Selama 7 tahun aku bersama kelab bolasepak yang tak kurang sikit ternamanya tapi kurang banyak dari kelab Liga Primier Inggeris MUFC iaitu MAFC. MAFC secara amnya diasaskan oleh veteren tadika kemas tahun 70an yang kini berumur sekitar 40 tahun dan ahli-ahli kelab rata-rata berusia 30 tahun yang mana hampir 100% adalah hensem-hensem belaka tidak termasuk aku; kalau termasuk aku dah jadi 110%...
Kali pertama menjejakkan kaki semula ke padang yang pernah menjadi saksi kelibat pemain yang memakai jersi no 13 ini terasakan janggal. Kaki berlari antara jijak dengan tidak aje maklumlah dah lama tak berlari-lari mengejar benda yang sebijik ini. Ekzos depan dua biji pun dah kembang lebih dari kebiasaan menyedut oksigen. Pagi esok mesti jalan macam robot...urat dah tegang semacam...maklumlah 3 tahun tidak aktif bersukan. Tapi dendam punya pasal lantaklah...
Dan selama tempoh itu juga boleh dikatakan segala aktiviti berkaitan bolasepak tidak diambil pusing. Frust dengan mutu sukan bolasepak dinegara sendiri,itu satu hal. Tidak nampak mutu permainan dapat ditingkatkan jika keadaan dan situasi padang permainan yang ada. Jika ada yang boleh dipanggil padang bolasepak mungkin dua tiga kerat sahaja selebihnya boleh disamatarafkan dengan tempat kerbau berkubang- berlopak. Terdapat padang bolasepak dijadikan pasar malam seminggu sekali dan aneka aktiviti lain...sure riuh lah sure robohlah, dah macam mana padang nak elok. Dengan padang berlekuk-lekuk dek aktiviti yang bukan ditempat sepatutnya macam mana nak main bola?  Lebih baik tukar je Liga Super Malaysia kepada Liga Guli Malaysia...amacam ...boleh tak?  Selagi kondisi padang bola macam tu tak payahlah nak berangan nak melahirkan pemain bola berbakat! Perbaiki dulu keadaan padang seluruh negara baru bakat baru dapat dicari untuk digilap menjadi pemain yang digeruni dipadang!

10 Januari 2010

Belajar bahasa asing - Bahasa Sepanyol.

Sudah agak lama tidak menghantar catatan dalam blog ini kerana sibuk dan penat. Sibuk membaca catatan orang lain terutama ruangan dalam Topix Malaysia. Banyak juga informasi yang boleh dikutip meskipun perlu ditapis sendiri.10% daripadanya fakta selebihnya hanya ikut sedap gigi tukang kirim aje! Tapi kebanyakkan dalam ruangan tu asyik nak cari gaduh je kerjanya terutama malaysia - indon. Nak menegakkan benang yang basah lecun juga banyak. Sesekali tumpang sekaki.
Maklumat yang diperolehi dalam ruangan tu cuma boleh dijadikan bahan bacaan bukan ilmiah.Kalau nak yang ilmiah contohnya belajar bahasa asing seperti Sepanyol baik klik aje kat sini. Kalau nak belajar bahasa indon ke bangladesh ke vietnam ke... rajin-rajinlah melawat kat ladang-ladang ke... kilang-kilang ke...pasti ramai pak-pak guru itupun kalau pak guru tu paham cakap melayu.