24 Oktober 2009

Resepi Dari CookThing

Pada kali ini, satu widget berkaitan dengan dunia menghangitkan kuali dan menghanguskan oven disisipkan disebelah kanan blog ini. Apa yang perlu dibuat hanya taip masakan yang dipilih dalam bahasa inggeris dalam ruangan kosong dan klik COOK IT dan resepi yang dicari akan disiarkan! Semoga berasap!

21 Oktober 2009

Kisah Malam Merdeka.

Negara sudah mencapai kemerdekaan lebih separuh abad pada 31 ogos yang lalu. Jika dihitung dengan usia kita, separuh abad itu dah terlebih dari dewasa! Dalam erti kata yang lain dah tua! Senang cerita. Tetapi apakah diri kita ini sudah cukup dewasa dalam arus kemerdekaan yang kita miliki itu. Apakah setiap warganegara menghayati erti sebuah kemerdekaan? Atau sekadar hanya tahu melaungkankan sahaja Merdeka! Merdeka! Merdeka! sedangkan fizikal tertambat dengan segala macam dan bentuk yang tidak merdeka. Kita lihat bagaimana anak-anak muda meraikan erti merdeka dengan acuan tidak merdeka mereka. Jika dilihat merekalah yang beria-ia meraikan kemerdekaan dengan menunggukan detik 12 malam 31 ogos seolah-olah merekalah perwira bangsa dan negara. Tidak sah rasanya jika anak-anak muda ini terlepas detik 12 malam 31 ogos ini.Tetapi malangnya tiada ciri-ciri menyambut kemerdekaan selain hanya melaungkan Merdeka 7 kali dan selepas itu merempitlah sesama mereka samaada dengan motorsikal atau kereta. Tidak lebih dari itu siapa pemenangnya dialah yang merdeka. Malam itu merekalah raja jalanan; tanpa menghiraukan pengguna jalanraya yang lain.
Tiang menjadi pengukur jarak dan menjadi sebutan dikalangan perempit yang tak merdeka itu. Berapa tiang yang ditinggalkan dan tiang penamat menjadi penentu kedudukan. Juara adalah siapa dulu melepasi tiang penamat dan siapa yang tamat dulu akan dihadiahkan dua tiang. Satu dibahagian kepala dan satu lagi dibahagian kaki iaitu tiang kubur! Dan sang juara, tiangnya bersama-sama dengan konconya akan mendapat habuan yang enak untuk malam itu! Itulah erti malam merdeka bagi mereka. Semuanya bangsa melayu kita yang terlepas dari tapisan Pusat Serenti dan penjara. Yang berbaki itu sedang menuju ambang kehancuran yang tak merdeka. Ganja,ekstasi, pil khayal,arak,seks rambang,dan segala macam kehancuran adalah milik mereka. Paling menyedihkan kegiatan menghidu gam berlaku depan mata kepala sendiri dengan usia seawal 10 tahun telah menjadi satu kegiatan yang jika tidak dikawal dengan tegas akan menjadikan bangsa kita kembali tidak merdeka dijajah minda dan emosi. Bangkitlah wahai anak-anak bangsa. Negara kita kini bukan hanya dihuni oleh kaum Melayu, Cina dan India sebagai tonggak. Tetapi warganegara asing yang datang semata-mata untuk mencari rezeki samada yang masuk secara sah atau tidak.Jika diihat perangkaan tahun-tahun lepas lebih dari 2 juta pekerja asing bekerja di negara kita berbanding 22 juta penduduk negara kita sendiri termasuk yang menghuni pusat serenti dan penjara seluruh negara. Jika dilihat dari sudut ini siapakah yang merdeka sebenarnya? Ini soalan bonus! Tidak terfikirkah kita bahawasanya pekerja asing yang datang bekerja ke negara ini membawa bersamanya pengaruh sosial yang pelbagai. Kita yang kembali tidak merdeka ini kerana dijajah minda dengan pengaruh sosial tersebut. Bagaimana ia boleh berlaku? Lihat setiap sektor pekerjaan kecuali kerja dengan kerajaaan, hampir separuh adalah pekerja asing! Mengapa? Kita kembali tidak merdeka. Maksudnya pelapis generasi bangsa kita rosak,punah dan hancur. Rosak, punah dan hancur oleh dadah,arak, hidu gam, rempit dan kegiatan tak merdeka mereka,pengaruh sosial yang ikut berhijrah bersama dengan pekerja asing. Pembunuhan bukan lagi asing seolah-olah kita berada dalam zaman koboi. Pembuangan bayi,penderaan bayi,penyeludupan dadah dan penyeludupan senjata api bukan lagi sesuatu yang pelik kini. Dan satu yang kian sukar kini untuk membezakan warganegara dengan pendatang asing. Rupa ada sama jiwa ada lain. Myanmar serupa melayu, Bangla serupa india, vietnam serupa cina... Pesanku kepada sesiapa yang ada aweks berhati-hatilah. Kot-kot nanti aweks berhijrah ke negara lain.