From Jaya Gading With Loss.
Buat kali kedua aku merentasi bukit bukau Panching. Tapi kali ini aku tidak melalui Kg Beserah lagi. Aku tak nak lagi tiga ekor anjing samseng Kampung Beserah tu cuba try nak test power dengan aku lagi. No way dog! Don’t try to put me insane! Shameless dog! Seperti biasa le , aku memulakan kayuhan aku jam 10 pagi. Sorang-sorang lagi . Tapi tak mengapalah biar aku rentas dunia ini.(Maksud aku dunia kayuhan Jaya Gading- Panching , Panching –Jaya Gading) . Kalau dah bermula lewat macam ni, pastinya lalulintas agak sibuk. Maklumlah hari minggu, hari cuti am. Ramailah yang ke bandar atau pergi berkelah dengan yang tersayang. Laluan yang aku ambil ni tak terkecuali sibuknya. Jika minggu lepas aku menghala ke Air Terjun Panching, tapi kali ini aku ambil laluan menghala ke Sg Lembing melalui jalan Felda Panching Utara. Laluan bolehlah tahan cuma kaki aku yang tak berapa tahan. Kesakitan yang muncul selepas kayuhan pada minggu lepas masih terasa tetapi aku menganggap itu adalah lumrah yang biasa dihadapi oleh sesiapa yang terlibat dalam sukan ini. Sepanjang kayuhan pada kali ini tiada kelihatan mountain biker lain. Mungkin mereka dah merentasi laluan ini awal pagi lagi. Laluan ini lebih mencabar lagi kerana terdapat banyak pendakian. Aku berkayuh diatas line putih jalan raya bagi keselamatan dan sekali sekala aku menggunakan laluan bahu jalan kerana ia seakan akan laluan untuk rentas desa (cross country). Aku sebenarnya dalam proses memahami dan mendalami ilmu perbasikalan,dari segi teknik dan taktik mengendalikan benda alah ni. Nampak macam senang je tapi yang sebenarnya azam kena kuat. Kalau tak, mahu separuh jalan je lepas tu balik tumpang lori lagi senang! Habis cerita! Tapi cerita aku tak habis lagi… Mungkin disebabkan cuaca amat panas sekarang tambahan pula jam dah menghampiri angka 11 pagi(bermakna dah sejam aku berbasikal), maka aku mengambil angin dibahu jalan sebentar. Peluh membasahi baju dan seluar hingga ke kasut. Dihadapan masih ada dua bukit yang agak tinggi dan curam pendakiannya dan pada perkiraan aku , aku patut berpatah balik sekarang kerana perjalanan ada sejam lagi sekurang-kurangnya dan aku jangka sampai semula ke permulaan kayuhan aku kira-kira jam 12 setengah tengahari.Panas tak usah kiralah. Aku sendiri dah sedia rentung. Sesekali aku menghalakan pandangan aku kearah kebun kelapa sawit di kiri dan kanan laluan itu. Mesti best kalau akan datang aku meredah laluan dalam ladang pulak! Barulah cross country namanya. Mungkin pada minggu depan laluan itu pulak akan aku pilih sebagai track baru sebelum aktiviti ni aku tangguh sementara kerana lebih kurang 2 minggu lagi dah bulan Ramadhan. Cuaca sekarang amat panas terik.Mungkin kesan pemanasan global akibat dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Pembakaran hutan, asap kenderaan, penerokaan hutan tanpa kawalan, penghawa dingin dan pelepasan gas clorofluorocarbon adalah antara penyebabnya. Tapi kesan yang lebih besar datangnya dari Negara-negara yang tak maju kesedaran siviknya . Negara-negara yang langsung tak reti bahasa berterusan melakukan ujian bom atom/nuklear samaada dalam perut bumi atau dasar laut. Dan negara-negara yang sibuk menjadi jaguh dunia yang sementara ini dengan melancarkan peperangan sesuka hati seolah-olah mereka akan kekal selamanya kat dunia ni. Tahulah kau nanti kat sana!!!!! Panassss! Padan muka kau! Aku sendiri dah panas ni, baik aku balik. Basikal ku capai dan kayuhan pulang dari misi yang separuh berjaya dan mungkin minggu hadapan aku akan melepasi sehingga ke simpang Jalan Sungai Lembing. (Itupun kalau aku dapat keluar lebih awal lagi)