28 Julai 2009

Pendakian Bukit Panching.








Setelah dua minggu berkira-kira untuk berkayuh menghala ke Air Terjun Panching, akhirnya pada minggu ini hasrat itu tercapai. Air Terjun Panching terletak dalam daerah Kuantan, Pahang. Kira-kira 40 km dari pusat bandar Kuantan. Mungkin masih baru dengan sukan MTB ini, jadi jarak dan keadaan geografi ke Air Terjun Panching agak mencabar biarpun hanya melalui jalan tar dan sedikit berbatu ketika menuruni bukit Panching. Dan seperti biasa kayuhan pada kali ini juga berseorangan. Cuak juga rasa dihati jikalau gagal menamatkan misi ini. Jarak yang akan dilalui tidaklah jauh bagi yang dah biasa tetapi bagi orang baru macam aku ni bolehlah tahan. Perjalanan pergi dan balik hanyalah sejauh kira-kira 30 km sahaja. Berbekalkan semangat dihati, MTB milikku dicapai!
Kayuhan bermula jam 930 pagi dari Kg Padang Jaya dan menjelajahi dahulu kawasan sekitarnya . Kemudian memasuki Kg Beserah dan Kg Jaya Gading. Memang seronok merentasi suasana kampung yang nyaman serta teduhan dedaun dari pokok buah-buahan. Sekarang ni memang musim buah-buahan. Durian, rambutan, manggis, chempedak,nangka semua lebat dan boleh dikatakan sepanjang merentasi kampung- kampung itulah yang banyak kelihatan berbanding orang kampung sendiri! Tak percaya pergilah sendiri. Sampaikan anak dara pun tak sebanyak buah-buahan tersebut! Esh! Kesanun lah pulah!
Kayuhan kat sini taklah mencabar kerana hanya sekadar jalan kampung yang agak rata dan sedikit berbatu dengan lopak-lopak air. Ada juga orang kampung yang bagi sokongan semasa kayuhan dan join sama tapi naik motorsikal le. Tak terkecuali ada tiga ekor anjing yang turut memberikan galakan dengan mengejar dibelakang! Apa lagi tak boleh jadi ni, ni bukan nak bagi galakan, ni nak bagi gigitan! So apa lagi nak tunggu? Jom Speedingx! Dengan nisbah gear 3/6 anjing dusun Kampung Beserah aku tinggal kat belakang! Keh! Keh! Kiok! Habis tenaga zahir aku! Selepas tu kayuhan tak sepantas tadi hanya layan layan kaki je.Kira kira jam 10 pagi aku dah sampai kat simpang lampu isyarat Panching dan menaiki jejantas untuk basikal menghala ke Air Terjun. Sebelum tu singgah sekejap depan pondok menunggu bas depan Sekolah Menengah Seri Mahkota ambil nafas dan hantar sedikit info kat rakan-rakan sebelum meneruskan kayuhan. Kot tersadai kat atas puncak bukit! Ada juga yang boleh tolong tengok. Sambil berbalas mesej, sempat juga sesekali menoleh kat laluan tu kalau ada bikers lain boleh join sekali.
Haa ada pun! Aku apa lagi, simpan telefon dalam pouch bag dan terus ambil basikal . Baru ada semangat balik. Memang laluan tu merupakan antara jalan yang menjadi antara kegemaran pengayuh basikal samada mountain biker atau racing biker bagi kawasan Kuantan kerana laluan yang agak berbukit sesuai untuk menambahkan stamina dan juga tempat latihan sebelum meredah bukit-bukau dihutan. Kali ini aku dalam keadaan menuruni bukit yang tak berapa jauh jaraknya sebelum mula mendaki. Harap-harap dapat follow mamat tadi dari belakang. Jadi aku mula speeding dengan nisbah gear 2/3 sehingga betul-betul menuruni bukit nisbah gear 3/7 aku guna. Laju beb! Boleh rasa angin menepis cuping telinga dengan ganas! Semangat nak kejar mamat tu punya pasal. Sampai je kat cerun tu, cepat-cepat nisbah gear aku tukar kepada 2/6, 2/5 sehinggalah 2/3. Oleh kerana aku tersilap sebab lebih pecut tadi maka aku mula merasai kepancitan diri aku sendiri. Mamat kat depan dah aku hampiri agak dekat tapi tiba-tiba dia membelok menghala ke kem tentera dan masuk ikut pos kawalan Armor. Betul-betul buang karan. Jadi aku tertipu! Kayuhan diteruskan dengan mula menuruni bukit landai dan aku masih tercari-cari nisbah gear yang sesuai dengan keadaan geografi yang direntasi itu. Sebelum sekali lagi aku akan berhadapan pendakian yang landai dan agak lanjur. Hampir 5 minit pendakian bukit itu sebelum merentasi penurunan semula yang pendek. Dihadapan sekali lagi pendakian yang panjang sehingga nisbah gear 2/2 terpaksa digunakan. Rasa kesakitan pada betis bermula. Mungkin tadi tiada sesi pemanasan dan regangan anggota dibuat sebelum bermula.
Selesai pendakian tibalah saat dinantikan menuruni bukit depan Sekolah Kebangsaan Panching! Memang agak curam dan nisbah gear 3/7 digunakan untuk menikmati kelajuan maksima. Aku agak lebih dari 75km/j. Memanglah laju bagi basikal. Bagi kelajuan sebegitu jikalau terjatuh jawabnya parahlah. Selepas menuruni dan sekali lagi mendaki lebih kurang 10 minit sampailah simpang ke Air Terjun Panching. Fuh penat woi. Rasa nak patah balik je tapi mengenangkan jarak ke Air Terjun Panching hanya kira-kira 3 km lagi ditambah penurunan lebih banyak dari pendakian ( Semasa pergi, balik dah jadi terbaliklah pulak!) jadi diteruskan juga. Bagi sesiapa yang pernah atau biasa ke sana taulah keadaan jalan... santai.
Pokok-pokok yang disimpan untuk dijadikan hutan simpan meneduh dan meredupkan suasana. Begitu nyaman sekali , udara pun segar. Sesampai kat sana ada pulak mamat yang melambai, rupanya nak bagi tiket masuk parking! Basikal pun nak kena bayar ke? Kata hatiku. Jadi aku bukannnya nak singgah mandipun jadi aku buat-buat tak layan je. Aku parked kat bawah pokok dan melepaskan penat lelah mendaki tadi sekejap. Tak ramai pengunjung yang datang pada hari ini. Mungkin ramai yang beralih angin ke resort baru kat Gambang. Ada taman tema air terbesar kat Pantai Timur. Memanglah terbesar pasal itulah satu-satunya taman tema air kat Pantai Timur ini. Selesai berehat kira-kira 10 minit tibalah masa untuk perjalanan pulang .