30 Jun 2009

Aku dengan bakal hobi baru aku!(Bukan bakal bini aku!)

Tak sabar rasanya menunggu hari minggu. Bukannya apa nak test kayuh MTB menghala hutan Pancing lah pulak! Mungkin sorang-sorang je atau pastinya sorang-sorang pasal aku tak de geng lagi nak join. Lagipun baru nak bermula dan berkenal-kenalan dengan sukan MTB ni. Kepada sesapa nak join sekali boleh kontek aku melalui shoutmix disebelah atas kanan blog ni. Hah! Promosilah pulak! Anyway kalau yang rasanya nak join tapi belum ada lagi MTB, usha-ushalah dulu kat kedai-kedai jual MTB. Harganya serendah RM500 sehinggalah ribuan ringgit. Aku sendiri pun pakai yang harga ratusan sahaja pasal tak mampu nak pakai macam orang yang berduit tebal poket! Tapi tak apalah belanja ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Aku dah mula merasakan keseronokkan hobi baru aku ni yang telah lama aku idamkan dari dulu. Dulu masa muda-muda dulu (maksud aku masa remaja, sekarang baru belia...) aku pernah ada basikal lumba. Basikal tangan kedua (second hand dalam bahasa mat saleh) aku beli cuma RM100 dari sape entah tapi aku beli dari tuannya sendiri bukannya barang curi. Dapat je basikal tu, aku kemaruk ronda habis satu taman perumahan Indera mahkota tempat aku menyewa semasa belajar dulu. Kalau dah kemaruk tu, pantang je ada masa terluang pasti aku capai basikal dan ronda-ronda satu taman tak kira siang ke malam. Pernah aku ronda dengan basikal tu bersama rakan serumah (dia beli satu yang tangan kedua juga, bukan kongsi naik dengan aku sekali) tengah pagi buta kira-kira jam 130 pagi..Macam mat rempitlah pulak! Itu cara aku release tension masa belajar dulu. Duduk rumah sewa, kongsi lima orang memang kecoh masa tu mat! Kalau dah ramai macam tu terpaksalah buat jadual tugasan harian, kalau tak berlumutlah rumah sewa tu jadinya. Masing-masing kena ikut jadual tak aci nak mengelat! Tapi memang kerap mengelat, time duty ada je alasan...
Satu hari tu tah macam mana selepas ronda satu petang tu, aku parked basikal aku tepi rumah sewa. Hari tu ari minggu cadangnya selepas ronda relaks lah dulu ambil angin sebelum mandi. Pastu aku toleh tempat aku parked basikal tadi...gone! Hilang! Oh! Tidak basikal aku hilang dari pandangan. Aku segera mencari-cari kat belakang rumah sewa kot-kot ada saing simpan kat belakang maklumlah ada duty masing-masing. Tapi memang tak kelihatan. Aku segera memanggil teman serumah yang lain kalau-kalau ada sesiapa yang ternampak kemana menghilangnya basikal klasik aku tu! Semuanya tak tahu langsung kemana perginya termasuklah rakan ronda aku. Eh! basikal aku sekali ke kena curi! Baru aku sedari basikal dia juga kena sapu sekali! Aku toksah kiralah punyalah menyirap darah basikal aku dah hilang bermakna tak merondalah petang nanti.
Jadi lepas je mandi aku mula buat operasi mencari basikal yang hilang. Korang pernah tak hilang makwe atau pakwe kesayangan? Macam mana rasanya ? Bengang beb barang kesayangan kena curi. Aku tak kira hari ni aku nak basikal aku balik! Satu persatu rumah flat kat taman tu aku daki. Mata melilau kot-kot ada yang sorok kat koridor ke kat tangga ke atau sebagainya. Penat tu penat mendaki hampir semua rumah flat 4 tingkat kat taman tu. Aku agak adalah lapan buah. Kali dengan 4 tingkat...fuih 32 tingkat aku naik dan turun cari basikal tu. Aku memang tak puashati basikal kena curi atas dua sebab. Pertama aku pantang kalau orang ambil tak bagi tahu (dalam kes aku ni kes curi... takkan nak bagi tahu kat aku...bang saya curi basikal abang ye). Kedua, walau berapa nilai harta, barang atau benda sekalipun janganlah mencuri harta orang lain/ binatang lain tak baik. Kalau nak sangat mintaklah! Aku dulu pernah marah kat pencuri kecil-kecilan masa aku tengah hensem (sekarang ni lagi hensem)...Kalau nak makan janganlah sampai mencuri mintak ajelah dengan sesapa pun. Sekurang-kurangnya tak berdosa diri sendiri dan bagi peluang dapat pahala kat tukang hulur duit tu.Ops! Ke lain pulak! Hah! selepas habis flat tu aku naik, aku dah betul-betul penat dan berehat kejap kat bawah pokok tepi taman tu. Sambil tu aku teguk air soya kotak yang aku beli kat kedai bawah flat tadi. Sambil itu mata aku melilau melihat kesekitar flat yang paling hujung. Tiada petunjuk! Aku pun melihat ke semak seberang jalan. Aku nampak semacam kelibat manusia disebalik pokok senduduk. Hah! ni mesti orang yang aku cari tu. Aku menghampiri secara senyap-senyap. Memang betul tanggapan aku, memang manusia ! Bukan seorang tapi berdua dan berlainan spesis. Cis! Ada pulak pasangan memadu asmara dalam semak! Buat malu je... hey tak pe aku tengok kau sampai siap! Lepas tu baru aku sergah. Belumpun aku sempat ambil port diorang dah perasan dan segera mengambil peralatan masing-masing (pakaian lah tu)dan berlalu pergi. Buang karen betul! Aku pun ikut keluar dari semak tu dan...aduh! Aku tersepak baaaaaaaaaa sikalllllllllllllll aku! Aku menjerit pasal aku dah jumpa basikal aku tapi dah jadi arwah dah. Maksudnya dah relai satu persatu. Mungkin yang mengambilnya bercadang nak jual buat spare part terutama speed gear. Aku tak buang masa lagi terus kutip arwah basikal aku dan ambil semula harta benda aku tu dengan hati yang separuh puas. Baru aku tau tempat itu adalah port bagi mat gian dan lokasi strategik buat pasangan memadu asmara sebab pokok-pokok dan tasik paya berhampiran.
Dan aku menghabiskan hampir RM300 lagi untuk melengkapkan basikal klasik aku tu balik (RM300 masa tu amat besar nilainya bagi pelajar miskin macam aku tu) Seminggu selepas tu aku dapat meneruskan hobi aku tu balik... yeeah!

28 Jun 2009

Pagi ni memang rasa best sikit. sebabnya aku dapat tidur lama dari biasa, esok tak kerja...bestnyer! Mungkin pagi esok cadangnya nak test kayuh basikal lah pulak. Target nak join club MTB. Jadi petang tadi aku dah sambar sebijik MTB.

23 Jun 2009

Kerja dan tanggungjawab.

Seperti biasa, aku menempuhi hari demi hari seperti biasa. Bekerja dari jam 830 pagi hingga 530 petang. Itu masa yang ditetapkan bagi waktu kerja harian aku. Tapi itu hanyalah panduan masa bekerja bagi aku dan rakan-rakan lain ditempat kerja aku. Waktu sebenar biasanya melebihi pukul 600 petang. Aku boleh dikatakan balik dari tempat kerja dekat pukul 700 malam dan kadang-kala lebih lagi. Semuanya tanpa OT. Tapi tak mengapalah, walaupun penat tapi bila hari-hari dah macam tu dah jadi kebiasaan. Alah bisa tegal biasa.
Memang bekerja dengan orang lain macam ni lah. Kalau kerja sendiri bolehlah ikut masa sendiri.Sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli. Kalau nak marah pun marah diri sendiri, tak payah nak berasa hati.

21 Jun 2009

CERITA BARU.

Pada hari ini, tiada lagi kerja yang perlu disiapkan segera. Ini kerana tiada lagi lawatan dari Telekom ke tempat kerja kami sebagaimana biasa saban minggu. Ini bermakna dapat berehat panjang di hari minggu bersama-sama keluarga. Terima kasih boss kerana memahami erti rehat dalam kehidupan,